Wednesday, June 28, 2006
Hatiku Di Dewan Besar ........

Semalaman Liza tidak dapat melelapkan mata, gara-gara begitu teruja hendak bertemu dengan idola hati, Anis Ayuni.  Lebih kurang jam 8.35 pagi, 28/6/2006 (hari ini), akhirnya terlerai segala keresahan.  Terbongkar sebuah kemesraan.

Selama dua hari Kak Anis berkampung di tempat Liza.  Menghadiri kursus.  Sepatutnya Liza bertemu semalam, tetapi memandangkan Liza berada di luar, so, kesempatan itu terpaksa di lupakan seketika.  Akhirnya, tibalah saat-saat yang terindah ini.  Kak Anis telah siap menunggu Liza di hadapan Dewan Besar.  Liza agak terlewat sedikit dan terkocoh-kocoh mendapatkan Kak anis yang berdiri dengan sepasang baju kurung berwarna biru.  Perwatakannya sentiasa menarik dan cantik.  Tersenyum manis di sebalik kelembutan wajah yang ayu itu.

Puas hati dapat bertemu dengan Kak Anis hari ini.  Walaupun sudah bersuai kenal sebelum ini, tetapi hari ini lain dari hari yang lain kerana hari ini detik kenangan itu dirakamkan  ketika Kak Anis bertandang ke sini. 

Jangan lupa nanti saksikan gambar-gambar kami berdua yang akan dipaparkan tidak lama lagi.  Jangan jealous tau!!!

Salam sayang,
Liza
Naib Presiden Alaf21Fc


 
 


Posted at 10:52 am by Alaf 21fc Team
Comments (10)  




Tuesday, June 27, 2006
Madah Pujangga

"Andai kau untukku walau terlindung dibalik awan kita tetapkan bersatu. Jika bukan kepunyaanku, walau dekat selalu kau bukan milikku".


- roshazaki

 


Posted at 12:12 pm by Alaf 21fc Team
Comments (2)  




Sunday, June 25, 2006
Patah Sayap bertongkat Paruh..

Selepas beberapa hari pelancaran blog Peminat Alaf21 FC , Alhamdulillah , kami tidak putus2 dikunjungi oleh ahli2 , para novelis serta rakan2 sekalian .  Kami disini amatlah berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga diatas kunjungan  anda semua selain mengisi kata2 ucapan dan juga sapaan.

 

Diharap dengan sokongan dan dorongan dari peminat Alaf21 sekelian , blog Alaf21 FC ini akan terus  teguh dan perlahan-lahan mengorak langkah kearah merealisasikan visi ,  misi dan objektif penubuhannya .

 

Ampun dan maaf kami pohonkan jika terdapat kelemahan yang ada didalam blog ini. Memang tidak dapat dinafikan , sesuatu permulaan itu tidaklah sesempuran yang diharapkan. Namun begitu , diatas keperhatinan dan daya usaha para AJK yang tidak mengenal erti penat lelah dan putus ada , kami teruskan juga mencari bahan2 baru disamping memperbaiki konsep Blog Alaf21 FC supaya selaras dengan fungsinya dan kehendak2 semasa.

 

Begitu juga dengan segala nasihat , cadangan dan komen dari anda semua , kami terima dengan hati dan fikiran yang  terbuka.

 

Semoga dibawah naungan Tuan Presiden En Feroz ,  blog Alaf21 FC ini  akan lebih berdaya saing , strategik dalam mempesembahkan sebuah portal interaksi yang bermanfaat pada seluruh ahli peminat buku2 Alaf21 selain dari memupuk semangat dan budaya membaca dikalangan masyarakat.

 

Segala dugaan yang mendatang , kami akan hadapi dengan tabah  dan tanpa sesekali berundur ,  ibarat perumpamaan , Patah sayap bertongkat paruh , kami akan sematkan sentiasa didalam dada , demi sebuah harapan yang bernama " Alaf21 FC " .

 

Sekian , semoga berjumpa dilain masa..

 

mersik


Posted at 01:42 am by Alaf 21fc Team
Make a comment  




Thursday, June 22, 2006
Madah Pujangga

"Kesusahan mengajar kita menjadi seorang yang tabah bila kita menderita.  Suatu ketika, kesusahan pasti membawa kejayaan".

roshazaki

Posted at 11:48 am by Alaf 21fc Team
Make a comment  




Saturday, June 17, 2006
PELANCARAN LAMAN BLOG ALAF21FC

     

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdullillah, berkat daripada ketabahan dan sokongan padu daripada sekelian ahli termasuk pihak Alaf21 maka hari ini tercapailah sudah hasrat kelab untuk membina sebuah laman sebagai portal informasi Kelab Peminat Alaf21.

Dengan lafaz bismillah, saya selaku Presiden Kelab Alaf21 FC dengan berbesar hati melancarkan laman blog Alaf21FC.  Semoga mendatangkan manafaat kepada seluruh warga peminat novel serantau.

Presiden Kelab Peminat Alaf21,

Mohamad Feroz Mohammad Zaini.


Posted at 11:52 am by Alaf 21fc Team
Comments (3)  

Fakta Angka

Fakta Angka

30082006

30hb. Ogos 2006

Ada apa pada angka?

Jadi fikirlah, rancanglah, letakkan tarikh itu dalam diari anda, tandakan tarikh itu pada kalendar anda!

Kenapa?

Kerana pada tarikh itu, kelab akan mengadakan program lawatan ke Karangkraf.

Dan HANYA 30 ORANG AHLI yang paling cepat mendaftar sahaja, yang akan diberi pas kebenaran masuk.

Bagaimana hendak mendaftar?

Hantarkan permohonan anda ke alamat: alaf21fc@yahoo.com @ safmi_80@yahoo.com.

Dan jangan lupa berikan biodata berikut:

(i)  Nama penuh

(ii)  No. My Kad

(iii) Alamat Lengkap 

(iv)  Nombor untuk dihubungi

Itu sahaja?

Dan sekiranya permohonan anda berjaya maka NAMA anda akan disiarkan di dalam blog ini.

Makluman PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA.

Siapa yang boleh menyertai program ini?

Keutamaan akan diberi kepada AHLI yang telah mendaftar pada pesta buku tempohari.

BERITA SELANJUTNYA AKAN DISIARKAN DARI SEMASA KE SEMASA.

 


Posted at 11:21 am by Alaf 21fc Team
Comments (3)  




Friday, June 16, 2006
Kata-Kata Aluan Pengurus Besar Alaf21

Semakin hari, produk Alaf 21 semakin dekat di hati masyarakat. Bukan sahaja produk ini dianggap bahan bacaan yang santai tetapi lebih memberi  manfaat kepada tabiat membaca.

 

Saya sendiri berasa teruja dengan usaha yang dilakukan oleh peminat Alaf 21 untuk menubuhkan kelab sekali gus membantu kami bagi menggalakkan masyarakat agar gemar membaca.

 

Tahniah saya ucapkan kepada AJK kelab yang berganding bahu mewujudkan blog sendiri sebagai jaring untuk berinteraksi sesama peminat buku.

 

Saya berterima kasih dan menghargai jasa para peminat yang sanggup bergabung tenaga dan meluangkan masa serta wang ringgit semata-mata untuk mengadakan perjumpaan demi penubuhan kelab.

 

Akhir kata, saya berharap agar usaha ini berjaya dan menjadikan buku Alaf21 sebagai pilihan nombor satu di rantau ini.  Tahniah sekali lagi.

 


Posted at 04:27 pm by Alaf 21fc Team
Comment (1)  

New Story

Tungguu.....masa yang dinantikan akan tiba.  Pelancaran Laman Web Kelab Peminat Alaf21FC akan dilancarkan tidak lama lagi.  

Posted at 04:12 pm by Alaf 21fc Team
Make a comment  




Friday, June 02, 2006
Pertemuan AJK dgn Pengurus serta Kakitangan Alaf 21


Posted at 05:39 pm by pentadbir
 

|| DARI MEJA PRESIDEN ||

Dari Meja Presiden.
 
Salam Perkenalan untuk AHLI. Tangan Dihulur, Salam Bersambut.
 
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat anda.

Pertamanya, diruangan ini saya mewakili Kelab Peminat Novel ALAF21 atau ringkasnya ALAF21 FC, dengan ini, mengambil kesempatan untuk mengucapkan Tahniah dan Terima Kasih, atas SOKONGAN, yang telah Peminat Novel berikan selama ini, dalam usaha kami untuk menubuhkan dan menggerakkan setiap aktiviti Kelab.

Dikesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari, memohon maaf atas kelewatan kami dalam menjalankan aktiviti Kelab, ini adalah atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan,
 
Diruangan ini juga, saya ingin memaklumkan bahawa, kami sedang dalam proses akhir, untuk mengemaskini rekod dan biodata AHLI, disamping itu Kelab juga dalam proses perbincangan dengan Pihak ALAF21, untuk mendapatkan kelebihan dan keistimewaan untuk AHLI.
 
Bagi mereka yang berminat, InsyaAllah, kami akan terus berusaha, untuk menerima kemasukan AHLI baru, dan hanya akan dimaklumkan bila sampai masanya Harap Bersabar.
 
Dengan tersiarnya Berita atau Siaran ini, bererti ALAF21 FC telah mempunyai, SALURAN RASMI untuk menyalurkan berita rasmi, dari semasa ke semasa, dan juga Laman ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk apa sekalipun tujuan, disamping sebagai platform untuk berkomunikasi dan berinteraksi, khususnya bagi SELURUH PEMINAT NOVEL.
 
Sebelum saya mengundurkan diri, saya memohon ampun dan maaf, sekiranya ada catatan saya yang keterlaluan atau terkasar bahasa dan menyinggung perasaan anda.
 
Akhir kata - TERIMA KASIH atas SOKONGAN dan Kerjasama yang ANDA berikan selama ini.
 
Yang Ikhlas.
 
 
.................................
Mohamad Feroz Bin Mohammad Zaini).
Presiden ALAF21 FC.
emel: safmi_80@yahoo.com

Posted at 05:35 pm by pentadbir
 




Previous Page Next Page



   





<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30



Anda adalah pengunjung ke
Free Counter
Free Counter





Link ke laman novelis lain
http://www.alaf21.com.my
http://www.alaf21.com.my
http://bikashnuridris.blogspot.com
http://penulisnovel.blogdrive.com
http://koleksibukuainil.blogspot.com
http://www.hasreeyati.com
http://anisayuni.blogdrive.com
http://damyahanna.blogdrive.com
http://eymanhykal.bravehost.com
http://myaisyasofea.blogspot.com
http://nia-azalea.blogdrive.com
http://norzailina.blogdrive.com
http://sridiah2u.blogspot.com
http://www.drtuah.com


Klik butang kanan tetikus dan klik 'open in new windows' untuk membuka laman di tetingkap yang lain









sebarang maklumbalas sila emelkan kepada alaf21fc@yahoo.com





Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed