Semalam dalam kenangan...
Semalam
dalam sejarah. Hujan turut dengan lebatnya di Sri Gombak.
Selepas pulang kerja saya sempat menyinggah di Gerai Burger di depan
7-Eleven. Anak-anak lelaki saya mahukan Frankfruter.
Sewaktu sedang menghampiri gerai tersebut, saya terpandangkan dua orang
kanak-kanak lelaki yang sedang menangis. Mamat Burger berkata.
"Kak, kesian dia kak. Kena pukul. Sebab tu cari perlindungan kat
sini. Samseng mana tah yang pukul depa". Lebih kurang
begitulah dialog yang disebutkan. Hati saya terusik dan saya
sendiri mula berasa simpati yang melaut luas menyelubungi naluri
seorang perempuan dan ibu.
Masih terngiang-ngiang lagi tangisan sendu dari dua budak lelaki yang
sebaya dengan anak saya. Entah mengapa, tiba-tiba hati saya
meruntun ingin menghampiri kedua beradik yang sedang menangis
itu. Tanya punya tanya, rupanya si abang (12 thn) dan si adik
(8thn) telah dibelasah oleh budak-budak dewasa yang mana berdendam
dengan si abang (14 thn). Hatta, tak dapat abang, adik-adiknya digasak
dengan teruk. Habis lebam-lebam muka mereka. Kasihan saya
melihat keadaan diri mereka.
Saya menawarkan diri untuk menghantar mereka pulang dan mengadukan hal
tersebut kepada ibunya. Tetapi berkali-kali mereka menolak.
Mungkin tidak mengenali diri saya. Akhirnya setelah dipujuk oleh
saya dan beberapa orang mat-mat burger di situ, akhirnya kedua beradik
itu selamat dihantar pulang oleh saya. Tetapi saya kesal kerana
kedua beradik itu terlalu takut dan tidak mahu saya memaklumkan kepada
ibunya. Mungkin juga takut dimarahi dan dibelasah nanti.
Walau apa pun, saya sempat menasihat dan memotivasi diri mereka agar
sentiasa berkelakuan baik dan belajar rajin-rajin.
Kenapa saya sanggup melakukan sebegini? kerana saya menganggap setiap
anak-anak di luar itu macam anak saya sendiri. Setiap kesusahan
yang dialami oleh mereka, saya dapat merasakannya. Walaupun saya
kurang harta, tetapi hati saya kaya dengan perasaan kasih dan
sayang. Oleh itu, kita sebagai ibu bapa - "SAYANGILAH ANAK-ANAK". Tanpa kita, anak-anak tiada penyokong hidup. Awasilah gerak-geri mereka ketika di dunia luar.
Salam sayang,
Mama Liza.
Posted at 04:32 pm by Alaf 21fc Team