Saturday, July 15, 2006
Terima kasih semua - Kami telah berpindah

Assalamualaikum..w.b.t

Kepada semua pengujung-pengunjung Blog sekalian,

Adalah dimaklumkan bahawa Blog Kelab Peminat novel Alaf21 telah pun berpindah ke alamat berikut ;

http://alaf21fc.blogspot.com

Penghijrahan ini adalah disebabkan aktiviti kelab yang semakin rancak disamping cadangan dari pengunjung yang melayari blog ini, juga sebagai memenuhi permintaan dan harapan yang tinggi dari pengunjung yang inginkan kelainan.

Kami bagi pihak pentadbir dan penggerak Alaf21 FC , mengucapkan setinggi tinggi terima kasih diatas sokongan dan kunjungan anda semua.

Juga ucapan terima kasih kepada pentadbir Blog Alaf21 FC yang asal kerana memberikan kerjasama untuk menghasil blog yang pertama.

Setulus hati

Abang Long , Rosha , Mersik

 

 

 

 


Posted at 01:10 pm by Alaf 21fc Team
Make a comment  




Thursday, July 13, 2006
Pesta Buku bermula lagi - KLCC sempena Kempen membaca Kebangsaan.

Ahaa ! .bagi peminat2 buku seme , sesiapa yg ulat buku dan memendam apa yg ter"buku" dihati tu , inilah masanya untuk anda meluahkan segala .

 

Hari ini , bertempat di ruang legar KLCC , Sempena dengan Kempen membaca Kebangsaan 2006 akan diadakan Pesta buku . Penerbitan KarangKraf dan Alaf21 turut berada disana . Jangan lepaskan peluang anda. Tentu sekali akan lebih meriah dgn pilihan buku2 yang banyak dan diskaun2 yg hebat . So , apa lagi , jom ler kesana..

 

mersik


Posted at 11:25 pm by Alaf 21fc Team
Make a comment  

Lawatan ke KarangKraf

Fakta Angka Yang Berulang

30082006

30hb. Ogos 2006

Ada apa pada Tarikh tersebut?

Yaa !..seperti yang anda sedia maklum , kerana pada tarikh itu, kelab Alaf21 FC akan mengadakan program lawatan ke Karangkraf.

Setakat ini , hoh ! toksah cite laa..berpusu2 , berdedai2 , bertimpa2 dan berserbu2 permohonan diterima dari mereka2 yang ingin turut serta kesana...

Bagaimana dengan anda ? Ya..anda ler tuu? ( toleh kiri kanan plak dia..alahaiii )

Haa anda bila nak daftar ? Tak nak ikut sekali ke ? uishhh rugi nye..ibarat kopi tanpa gula dan biskut merry tanpa Tongkat Ali , begitu ler kerugian maksima yang anda alami , kalau tak pergi.

Banyak pengetahuan yg akan anda dapati . Dapat berjumpa dengan para novelis yg masih menjadi misteri , dapat memborong buku2 dengan harga diskaun yang rendah milik dan yang paling teruja sekali ialah pabila berpeluang bertemu dengan oang2 kuat Alaf21 FC  spt Abg Long , Pn Liza , pokcik mersik dll..Uiii hebat tu..kekeke..

So , sebelum “ peluang ” melepaskan anda , baik anda jangan  melepaskan peluang tu.. Marilah bersama2 menyertai kami melawat ke karangKraf.

Hantarkan permohonan anda ke alamat: alaf21fc@yahoo.com @ safmi_80@yahoo.com.

Dan jangan lupa berikan biodata berikut:

(i)  Nama penuh

(ii)  No. My Kad

(iii) Alamat Lengkap 

(iv)  Nombor untuk dihubungi

Nama2 permohonan mereka yang berjaya pergi akan diumumkan

TIDAK LAMA LAGI….Ayuh segera mendaftar...


Posted at 01:34 am by Alaf 21fc Team
Comments (2)  




Sunday, July 09, 2006
Hari ini dalam sejarah....

Pertama kali menjejaki Norzailina Nordin ke demo masakan, adalah suatu yang amat menarik dan indah untuk dikenang.  Sebentar tadi Liza berkampung di Dewan Muhibbah, Taman Bolton sempena demo anjuran FAMA.  Kak Lina mengenakan sepasang baju kurung biru menampakkan lagi dirinya yang ayu dan lembut.  Liza memang tidak pernah jemu mendengar Kak Lina berceloteh.  Tambahan lagi bila Kak Lina yang lemah lembut itu selalu tersenyum manis memandang ke arah penonton.  Termasuklah Liza.  Sempat juga Liza mencuba membalut kueh Siew Mei dan merasa kek keju buah.  Memang sedap dan baunya harum. Gebu dan lembut rasanya. Demo yang dianjurkan oleh FAMA itu memakan masa lebih kurang dua jam.  Kak Lina telah menyediakan dua resipi seperti yang di atas.

Liza tiba agak terlewat sedikit.  Masa tu dah terdengar celoteh Kak Lina dengan pengacara FAMA tu.  Macam-macam Kak Lina bagi petua kat situ.  Masa abang FAMA tanya Liza rasa kek tersebut, Liza menjawab, "Memang sedap pun". Kak Lina memang seorang yang berbakat dalam masakan dan juga dunia penulisan.  Tapi bila Liza pandang Kak Lina, ada masanya Kak Lina tu macam cikgu mengajar bahasa melayu, susunan ayatnya yang menusuk kalbu, lembut dan mendayu. Bila time dia memasak, ingatkan kita pada emak di kampung.

Seronok dapat jumpa Kak Lina tadi, Sempatlah berkenalan dengan keluarganya yang setia menanti di belakang-suami dan anak-anak Kak Lina.  Tapi paling tak caya, Pn. Norlis dari karangkraf pun ada.  Dia ini orang kuat Majalah Wanita dan Sri Dewi Keluarga.  Mula-mula ingatkan penonton, bila Liza amati wajahnya memang ya pun.  Tak sangka dapat jumpa dua orang hebat hari ini.

Liza sempat bergambar dengan Kak Lina tadi.  Insyaallah, kalau tiada halangan gambar tersebut akan dimasukkan tidak lama lagi.  Jangan lupa, saksikan demostrasi masakan Chef Lina.

Salam sayang,

Liza.

Naib Presiden Alaf21Fc.


Posted at 03:11 pm by Alaf 21fc Team
Comment (1)  




Friday, July 07, 2006
Pesta Buku Alaf21 - Seindah Biasa

Lewat petang tadi , saya telah berkesempatan untuk berkunjung ke Pesta Buku di Premis Alaf21 yang diadakan seharian . Rupa2nya saya merupakan orang yg paling last sekali datang aaa..Tak kisah le , janji sebelum pukul 6 ptg..

Banyak juga buku2 yg ditawarkan selain dari buku2 masakan , motivasi , agama serta novel2 terbaru . Segala2nya diberikan diskaun sehingga 30% . Kebiasaannya hanya 15% sahaja .

Tapi berdasarkan dari feedback para pekerja disitu , kedatangan adalah seperti biasa , dah waktu tgh hari agak ramai sedikit . Mungkin sebab diadakan pada hari Jumaat . Lagi pun ini adalah pesta Buku yang diadakan julung2 kalinya terus dari Premis Alaf21 . Permulaannya agak kurang mendapat sambutan ( mungkin kerana terlalu tergesa2 atau kurang promosi , hanya bertumpu pada web Alaf21 sahaja ). Dan lagi , kebetulan pada tarikh tersebut merupakan tarikh daftar untuk pelajar2 ke Universiti selain dari hari Jumaat itu sendiri yang agak sibuk bagi kebanyakan orang.

Namun sempat jugalah saya menyambar beberapa buah buku yang telah diidam lama selain dari memenuhi koleksi2 buku yang ada. Bila lagi nak dapat diskaun murah macam nih ?

Diharap pihak alaf21 sendiri dapat mengkaji serta memperbaiki Pesta Buku seumpama ini pada masa2 akan datang seperti mempromosi secara besar2 an ( lebih awal ) selain memilih waktu yang sesuai .

Walau bagai mana pun untuk para pencinta buku2 Alaf21 sekalian , tidak perlu menunggu hari yg sebegini , kerana setiap hari adalah Pesta buku untuk Alaf21 . Semoga Alaf21 akan terus maju dan sentiasa menjadi pilihan masyarakat untuk bahan2 bacaan yang bermutu dan berilmu.

mersik.

 

 


Posted at 11:44 pm by Alaf 21fc Team
Make a comment  




Thursday, July 06, 2006
Semalam dalam kenangan...

Semalam dalam sejarah.  Hujan turut dengan lebatnya di Sri Gombak.  Selepas pulang kerja saya sempat menyinggah di Gerai Burger di depan 7-Eleven.  Anak-anak lelaki saya mahukan Frankfruter. 

Sewaktu sedang menghampiri gerai tersebut, saya terpandangkan dua orang kanak-kanak lelaki yang sedang menangis.  Mamat Burger berkata. "Kak, kesian dia kak. Kena pukul.  Sebab tu cari perlindungan kat sini.  Samseng mana tah yang pukul depa".  Lebih kurang begitulah dialog yang disebutkan.  Hati saya terusik dan saya sendiri mula berasa simpati yang melaut luas menyelubungi naluri seorang perempuan dan ibu.

Masih terngiang-ngiang lagi tangisan sendu dari dua budak lelaki yang sebaya dengan anak saya.  Entah mengapa, tiba-tiba hati saya meruntun ingin menghampiri kedua beradik yang sedang menangis itu.  Tanya punya tanya, rupanya si abang (12 thn) dan si adik (8thn) telah dibelasah oleh budak-budak dewasa yang mana berdendam dengan si abang (14 thn). Hatta, tak dapat abang, adik-adiknya digasak dengan teruk.  Habis lebam-lebam muka mereka.  Kasihan saya melihat keadaan diri mereka. 

Saya menawarkan diri untuk menghantar mereka pulang dan mengadukan hal tersebut kepada ibunya.  Tetapi berkali-kali mereka menolak.  Mungkin tidak mengenali diri saya.  Akhirnya setelah dipujuk oleh saya dan beberapa orang mat-mat burger di situ, akhirnya kedua beradik itu selamat dihantar pulang oleh saya.  Tetapi saya kesal kerana kedua beradik itu terlalu takut dan tidak mahu saya memaklumkan kepada ibunya.  Mungkin juga takut dimarahi dan dibelasah nanti.  Walau apa pun, saya sempat menasihat dan memotivasi diri mereka agar sentiasa berkelakuan baik dan belajar rajin-rajin. 

Kenapa saya sanggup melakukan sebegini? kerana saya menganggap setiap anak-anak di luar itu macam anak saya sendiri.  Setiap kesusahan yang dialami oleh mereka, saya dapat merasakannya.  Walaupun saya kurang harta, tetapi hati saya kaya dengan perasaan kasih dan sayang.  Oleh itu, kita sebagai ibu bapa -
"SAYANGILAH ANAK-ANAK".  Tanpa kita, anak-anak tiada penyokong hidup.  Awasilah gerak-geri mereka ketika di dunia luar.

Salam sayang,
Mama Liza.


Posted at 04:32 pm by Alaf 21fc Team
Make a comment  

MAKLUMAN

Kepada semua,

Sila gunakan emel zack_zack06@yahoo.com jika ada sebarang emel hendak dihantar kepada Naib Presiden Kelab.  Emel roshazaki@yahoo tidak berfungsi buat sementara waktu.

Liza.

Posted at 04:11 pm by Alaf 21fc Team
Comments (4)  

Apa ada pada Blog Alaf21 FC ?

Assalamualaikum..w.b.t

 

Sebagai PEMINAT NOVEL terbitan ALAF 21, kini ANDA telah mempunyai satu lagi saluran atau platform untuk berkomunikasi.

 

Kami yakin dan percaya, ANDA tentu mempunyai pelbagai idea, saranan, komen atau apa sahaja untuk diperkatakan.

 

Maka, diruangan ini, dan dikesempatan ini, ANDA adalah dipersilakan untuk melontarkan apa sahaja yang ada di minda ANDA, atau yang terbuku dihati ANDA atau " apa–apa saje"

 

Apakah Kelab begitu perlahan ? / tidak aktif dalam menjalankan pelbagai aktiviti ?

 

Adakah ANDA merasa bosan melayari BLOG ?

 

Jadi, beri komen dan cadangan untuk menceriakan dan menghangatkan lagi Blog Kelab Peminat Alaf21 ini .

 

JANGAN bimbang untuk menyatakan sesuatu untuk kebaikan semua. Tidak perlu guna nama samaran, berkatalah sejujurnya, kerana Kelab ini, dan Blog ini adalah HAK DAN KEPUNYAAN ANDA!

 

Sila luahkan dalam ruangan komen.

 

Abang Long.


Posted at 12:51 pm by Alaf 21fc Team
Comment (1)  

Naklumat Lawatan ke Karangkraf

MAKLUMAT LAWATAN.

 

Salam hormat buat semua. Pihak Kelab telah menerima banyak pertanyaan berhubung dengan Program Lawatan ke KARANGKRAF, disini disertakan soalan dan jawapan dari kami:

 

S  – Bolehlah BUKAN AHLI, menyertai program ini ?

J  -  BOLEH.

 

S  -  Adakah pengangkutan disediakan pada hari tersebut ?

J  -  TIDAK, peserta hendaklah menguruskan sendiri pengangkutan ke program tersebut, melainkan jika tiada alternatif, maka sila hantar permintaan anda ke alaf21fc@yahoo.com dengan tajuk: DAFTAR TAPI TIADA KENDERAAN. Berkemungkinan pihak Kelab akan menyediakan kenderaan, dan peserta dikenakan bayaran.

 

S  -  Adakah keahlian Kelab telah dibuka ?

J  -  BELUM, sehingga kini, pihak Kelab masih dalam proses untuk mengenalpasti cara yang effisien, untuk menerima Keahlian, melalui e-Daftar, InsyaAllah, bila proses tersebut selesai pihak Kelab akan memaklumkan didalam Blog ini.

 

S  -  Adakah boleh tarikh program dipinda, kerana hari tersebut adalah hari berkerja ?

J  -  Sebenarnya pihak Kelab tiada alternatif lain, disebabkan urusan Operasi Karangkraf hanya dibuka pada hari berkerja / waktu pejabat sahaja.

 

S  -  Apakah jenis pakaian yang perlu dipakai ?

J  -  BEBAS. ( Tapi kemas )

 

S  -  Adakah novelis akan menyertai program ini ?

J  -  Akan diumumkan kelak.

 

S  -  Tidak tahu bagaimana untuk ke Karangkraf (menggunakan kenderaan sendiri).

J  -  Akan dimaklumkan tidak lama lagi (Peta, Pengangkutan awam dsb).

 

S  -  Adakah permohonan anda berjaya ?

J  -  Senarai peserta yang berjaya akan diumumkan didalam Blog …..

 

       NANTIKAN  PENGUMUMANNYA !!!.

 

Terima Kasih

Abang Long.


Posted at 12:41 pm by Alaf 21fc Team
Make a comment  




Thursday, June 29, 2006
PROGRAM LAWATAN KE KARANGKRAF

DAFTAR LAWATAN

 

Pihak Kelab telah menerima maklumbalas yang begitu menggalakkan berhubung dengan program lawatan ke Karangkraf, namu timbul kesulitan kerana, terdapat mereka yang menghantar emel untuk mendaftar sebagai AHLI, dan bukan mendaftar untuk program tersebut.

 

Maka diruangan ini, saya memohon kerjasama dari mereka yang berminat untuk menyertai lawatan itu, supaya mengirimkan emel permohonan beserta biodata lengkap:

 

1 - Nama Penuh.
2 - No. MyKad
3 - Alamat Lengkap
4 - Nombor untuk dihubungi.

 

Dan dihantar ke:


alaf21fc@yahoo.com  / safmi_80@yahoo.com

 

Sila tuliskan tajuk:  PROGRAM LAWATAN KE KARANGKRAF.

 

Terima Kasih atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.

Abang Long


Posted at 03:37 pm by Alaf 21fc Team
Comments (3)  




Next Page



   





<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31



Anda adalah pengunjung ke
Free Counter
Free Counter





Link ke laman novelis lain
http://www.alaf21.com.my
http://www.alaf21.com.my
http://bikashnuridris.blogspot.com
http://penulisnovel.blogdrive.com
http://koleksibukuainil.blogspot.com
http://www.hasreeyati.com
http://anisayuni.blogdrive.com
http://damyahanna.blogdrive.com
http://eymanhykal.bravehost.com
http://myaisyasofea.blogspot.com
http://nia-azalea.blogdrive.com
http://norzailina.blogdrive.com
http://sridiah2u.blogspot.com
http://www.drtuah.com


Klik butang kanan tetikus dan klik 'open in new windows' untuk membuka laman di tetingkap yang lain









sebarang maklumbalas sila emelkan kepada alaf21fc@yahoo.com





Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed